Sabtu, 7 Ogos 2010

Salam Ramadhan


Kami Sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua

Ahad, 27 Jun 2010

Izumi Chan 3 bulan


Izumi Chan dah tiga bulan lebey sekarang...

Khamis, 15 April 2010

Ain dan Aleeya hari pertama sekolah

Lama tidak mengupdate, pasal sibuk dengan kerja dan jugak urusan Ain dan Aleeya memasuki sekolah. Pada 8 April Ain mula mendaftar di sekolah rendah untuk tahun 1. Aleeya pulak mula masuk Kindergarten. Urusan masuk sekolah disini bermula setelah musim sejuk tamat dan musim bunga menjelma. Jadi April adalah bulan dimana semua orang masuk sekolah, masuk university, pindah rumah baru, pindah kerja baru dan segalanya baru.

Untuk mula masuk sekolah urusanya sedikit sulit kerana masalah bahasa yang hadapi oleh Ayah. Anak anak dah boleh berbahasa jepan, jadi mereka tak menjadi masalah pada hari pertama sekolah. Orang orang jepun amat komited dengan anak anak mereka. Pada hari pertama diadakan acara/istiadat masuk sekolah dengan semua ibu bapa berpakaian formal. Ibu ayah juga di berikan taklimat panjang lebar. Dari segala espek diberitahu, daripada barangan sekolah sehinggalah kepada makanan sekolah.

Secara kebetulan di sekolah Ain, mengkehendaki semua pelajar memakai pakaian seragam. Jadi terpaksa la beli walaupun mahal (lebih kurang 24 ribu yen atau Rm700) sepasang. Untuk dtg kesekolah tidak dibenarkan menggunakan kenderaan. Maka Ain terpaksalah berdikari berjalan kaki dari rumah ke sekolah sejauh lebih kurang 0.3km

Aleeya pula mula ke Kindergarten pada 12 April. Pun sama, ada acara masuk kindergarten dan segalanya di terangkan pada ibu bapa. Harapan ayah agar kedua-dua Nurul dapat menyesuaikan diri di sekolah masing-masing dan mendapat manfaat daripada pembelajaran cara Jepun. Semoga mereka nanti berjaya... perjalanan mereka baru saja bermula...

Rabu, 17 Mac 2010

Aisyatul Izumi

Salam Sejahtera...
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan hamba Mu ini cahayamata perempuan yang ketiga. Aisyatul Izumi dilahirkan pada 8.3.2010 tepat jam 6.23 pagi dengan berat 3.164 kg di Saga National Hospital, Sagaken Kyushu Japan.
Welcome...Selamat Datang...Irasshai...

pls click

Pls Click