Isnin, 30 November 2009

Berkhatan


Cuti penggal persekolahan telah pun bermula. Maka selain dari musim deroyan dan buah kayu, maka ada jugak musim owang kawen dan ditambah jugak dengan musim bebudak sekolah berkhatan. Dulu-dulu berkhatan meriah majlis, siap kena mandi sungai, kena julang, diarak keliling kampung dan dijamu dengan makanan yang lazat lazat. Almaklum lepas tu kena berpantang makan, kalu idak bentan le. Dulu berkhatan guna pisau, dan tok mudim yang mengkhatankannya. Tapi sekarang kalau berkhatan sekejap aja dah sembuh, semua dibuat di klinik dan kesakitan nya juga kurang idak macam dulu-dulu. Harap anak-anak buah teman di ipoh semua sehat sehat selepas dikhatan hari ahad yang lepas..

Jumaat, 27 November 2009

Aidil Adha 2009

Assalamualaikum...
Hari ini adalah 10 Zulhijjah 1430H, Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji yang merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Sambutan Aidiladha disertakan dengan ibadah korban yang dilakukan bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Tahun ini kali kedua Aidiladha di Japan, merayakan bersama sahabat berlainan negara tanpa ada ibadah korban seperti diMalaysia. Walaupun begitu penghayatan dan pengertian korban dibacakan semasa khutbah selepas sahaja selesai sembahyang sunat Aidiladha. Seperti juga hari raya Aidilfitri pelbagai hidangan dari perbagai negara dapat dijamah pada pagi Aidiladha.Di rumah pula, rendang dan ketupat adabi menjadi juadah di pagi Aidiladha..

Ahad, 22 November 2009

Kouyoumi 2009


Tarikh 15Nov hingga 23Nov setiap tahun adalah tempoh masa taman ini dibuka kepada umum untuk lawatan. Kunen'an (taman jepun) ini dibina di villa Yataro Itami, pada 1900 dan mengambil masa 9 tahun untuk siap. Dibina berdasarkan stail "Sukiya" dan terdapat banyak pokok Azalea dan maple.

Kami kesana pada sabtu lepas dan keadaan cuaca mendung sedikit. Pengunjung ramai juga sehingga kereta di arahkan parking di satu area lain dan dari situ kami dibawa dengan bas ke taman tersebut. Suasana memang cantik dikelilingi daun maple/mimoji yang kemerahan. Tak lepaskan peluang untuk bergambar. tahun depan sure nak pi lagi...

Khamis, 5 November 2009

Saga Balloon Feista 2009


Last week di Saga telah diadakan Saga Balloon Fiesta iaitu pertunjukan belon panas. Acara ini diadakan setiap tahun pada penghujung Oct dan awal Nov. Tahun ini acara tidak berapa meriah kerana hujan turun dan keadaan cuaca yang mendung serta angin yang kuat. Kami sekeluarga bergerak dari rumah jam 8 pagi ketempat pertunjukan yang jauhnya lebih kurang 30 minit. Disana kami bertemu dengan Sahabat dari Kumamoto. Jam 12 kami mula pulang kerumah kerana pada petang itu jam 530 selepas magrib akan ada pertunjukan balon berirama pulak. Ain dan Aleeya tersangat la enjoynya...
Welcome...Selamat Datang...Irasshai...

pls click

Pls Click