Selasa, 9 Februari 2010

Fukuoka-Hkg- KL-Bangkok-Fukuoka


Tarikh 6hb January kami sekeluarga berkesempatan untuk Pulang Ke Malaysia. Perjalanan bermula dari Fukuoka Airport dan transit sehari di Hongkong. Jam 3 petang tiba di Hongkong dan kami terus ke hotel penginapan sementara menunggu flight ke KLIA pada jam 3 petang esoknya.

Malam itu kami sekeluarga keluar menaiki MRT untuk ke Kowloon bagi makan malam dan melihat keindahan Hongkong pada waktu malam. Esoknya pagi setelah checkout kami bercadang untuk ke Disneyland tetapi kesuntukan masa. hanya sempat ke Lokasi replika kapal nabi Noh dan bergambar disitu. Tengaharinya kami bertolak ke Airport untuk mengambil flight MAS ke Kuala Lumpur.

Tiba jam 6:30 petang waktu Malaysia di KLIA dan terus ke Jalan Kelang Lama bertemu keluarga yang telah lama tidak ketemu. hari Sabtu kami bertolak ke Ipoh dan pada isnin kami sekeluarga terpaksa berpecah. Ibu, ain dan aleeya terus ke Lumut manakala Ayah kembali semula ke KL untuk urusan seterusnya....
Welcome...Selamat Datang...Irasshai...

pls click

Pls Click