Selasa, 29 Disember 2009

Selamat ulangtahun


24 Disember 2003 Nurul Ain dilahirkan di Hospital Manjung, sehari sebelum krismas walaupun dijangkakan lahir pada awal january. Ketika itu ayah masih berada di johor menjalankan tugas harian. Terasa macam baru sangat kejadian itu. Pejam celik pejam celik sudah 6 tahun berlalu. Ain juga sudah belajar di Youchien (Tadika) dan tahun depan pada April 2010 akan kesekolah rendah disini.

Jadi kelmarin, kami menyambut ulangtahun ke 6 Nurul Ain. Sedikit jamuan dengan hidangan Kek Ichigo (Strawberry) dan nabe dengan dihadiri oleh pelajar pelajar melaysia disini. Diucapkan selamat ulangtahun kepada Anakku Nurul Ain Nabeeha. Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mengingati Ibu dan Ayah.

Ahad, 20 Disember 2009

Salji @ Saga


Hari minggu yang lepas, suhu disini mencecah 2-3 darjah celsius. Memang sejuk yang teramat. Maka pagi tersebut keluarlah salji buat pertama kalinya di Saga pada tahun ini. Walaupun turun agak lebat tetapi terus cair bila terkena tanah atau jalanraya. Sepanjang hari salji turun sedikit demi sedikit dan pada malam nya turun lebat. Nampak jugak salji diatas rumah dan atas kereta diluar rumah. Almaklumlah di Malaysia tak ada salji, jadi anak anak ku tersangatlah happy dapat maen salji walaupun sedikit...

Rabu, 9 Disember 2009

Jangkitan pneumonia

Jumaat lepas Aleeya deman panasnya sehingga 38 darjah. Oleh kerana demannya hanya pada waktu malam dan berlarutan sehnggga 3 hari maka pagi jumaat tu kami bawak dia hospital untuk rawatan. Risau juga bila tak sembuh dan sekarang ini musim sejuk, maka segala virus berkeliaran.

Sampai dihospital suhu badan aleeya meningkat 39 lebih setelah berjumpa doktor. Doktor ambik hingus untuk buat test Influenza. Sementara itu kami sekeluarga dikuarantin di sebuah bilik sehinggalah result keluar mengatakan bukan influenza. Doktor arahkan kami ke pakar telinga selepas itu kerana aleeya juga sakit telinga semasa deman. Dalam pada masa yang sama suhu badan aleeya meningkat sehingga 40 darjah. Doktor seterusnya membuat ujian terhadap darah dan air kencing pulak. Setelah result keluar, maka doktor cadangankan aleeya ditahan dihospital kerana didapati terdapatnya jangkitan kuman pneumonia



Setelah di search diinternet, secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dinamakan sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala adalah bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit

Jadi Aleeya sempat tinggal di hospital selama 3 hari. Isnin aritu dan keluar hospital dan pagi tadi ke hospital semula untuk uji darah sekali lagi. Alhamdullilah semua dah okey. Apapun selepas nie jika anak anak terkena demam dan deman itu berlarutan terutama waktu malam jangan berlengah lagi bawak ke hospital. Nak tahu tanda jangkitan virus.. rasa pada tengkok dan akan terdapat semacam bebijik ... kalau orang orang tua kata angin tuuu....

Khamis, 3 Disember 2009

Daftar sekolah dan tadika Jepun



Minggu lepas bawa Ain buat medical checkup di sekolah rendah. Disini musim persekolahan akan bermula pada 1st April setiap tahun. Jadi kalau masuk sekolah tak dikira mengikut tahun dilahirkan sahaja tetapi ikut haribulan jugak. Maksudnya jika lahir selepas 1 April 2003 dan sebelum 30 April 2004 maka dikire sebagai masuk kelas 6 tahun. Di Japan, sekolah rendah dimulakan dari umur 6 tahun. Manakala di Tadika (Youchien) seawalnya 3 tahun.

Untuk masuk ke sekolah rendah, terdapat dua sesi permulaan iaitu medical Checkup dan taklimat sekolah. Jadi semasa medical checkup di periksa pendengaran, mata, badan, dan yang paling syok ada interview dengan sensei (cikgu). Interview tu, ain kena masuk sorang dan aku tersangatlah bangganya pasal anak aku dah boleh cakap jepun dengan cikgu tu walaupun baru jer setahun masuk tadika kat sini. Tapi yer la.. bebudak cepat ajer kalu belajo, kalu macam ayahnya susah beno nak belajo bahasa jepun. Yang aku respect jepun nie , sekolah dierowang memang bersih. Tak langsung bersepah, bebudaknya sapu sampah sendiri di sekitar kawasan sekolah. Proses medical checkup selesai dalam masa 2jam dengan lebih kurang 100 pelajar mendaftar. Lepas nie bulan febuary nanti akan ada taklimat pulak. Apa bender nak beli dan segala macam undang-undang sekolah akan diceritakan. Tapi yang aku tahu harga beg sekolah mahal giler, iaitu paling murah 25ribu yen (RM960) dan paling mahal dekat RM2 ribu.

Hari ini pergi pulak medical checkup untuk aleeya pulak di tadika bagi umur 3 tahun. Kena jugak walaupun masuk tadika. Kena interview jugak, tunjuk gambo pastu cikgu tanyer dalam bahasa jepun. Boleh pulak dier jawap (ater tetiap pagi nengok katun jepun). Pastu pi buat timbang berat dan ketinggian. Last sekali semasa checkup badan semua budak terpaksa buka baju untuk mudahkan doktor. Aduhh di aleeya tak nak bukak baju, puas aku pujuk langsung dier tak nak. Nasib baik doktor tu baik dan dier bukak sikit ajer baju untuk tengok badan dan seterusnya check gigi. Begitu la details beno owang jepun nie...

Akhir sekali ada kuanter beli barang sekolah macam beg, baju dan alatan lain seperti crayon, tanah liat, pencil box, dll. Tu la yang bagusnya, segala barang Ain semasa tadika kasi aja pada si Aleeya pulak. Jadi idakla banyak sangat ayahnya keluarkan duit. Emm dah beso dah anak aku.. dah masuk tadika dan sekolah rendah. Jangan balik Malaysia nanti haru biru sudah.

Isnin, 30 November 2009

Berkhatan


Cuti penggal persekolahan telah pun bermula. Maka selain dari musim deroyan dan buah kayu, maka ada jugak musim owang kawen dan ditambah jugak dengan musim bebudak sekolah berkhatan. Dulu-dulu berkhatan meriah majlis, siap kena mandi sungai, kena julang, diarak keliling kampung dan dijamu dengan makanan yang lazat lazat. Almaklum lepas tu kena berpantang makan, kalu idak bentan le. Dulu berkhatan guna pisau, dan tok mudim yang mengkhatankannya. Tapi sekarang kalau berkhatan sekejap aja dah sembuh, semua dibuat di klinik dan kesakitan nya juga kurang idak macam dulu-dulu. Harap anak-anak buah teman di ipoh semua sehat sehat selepas dikhatan hari ahad yang lepas..

Jumaat, 27 November 2009

Aidil Adha 2009

Assalamualaikum...
Hari ini adalah 10 Zulhijjah 1430H, Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji yang merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Sambutan Aidiladha disertakan dengan ibadah korban yang dilakukan bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Tahun ini kali kedua Aidiladha di Japan, merayakan bersama sahabat berlainan negara tanpa ada ibadah korban seperti diMalaysia. Walaupun begitu penghayatan dan pengertian korban dibacakan semasa khutbah selepas sahaja selesai sembahyang sunat Aidiladha. Seperti juga hari raya Aidilfitri pelbagai hidangan dari perbagai negara dapat dijamah pada pagi Aidiladha.Di rumah pula, rendang dan ketupat adabi menjadi juadah di pagi Aidiladha..

Ahad, 22 November 2009

Kouyoumi 2009


Tarikh 15Nov hingga 23Nov setiap tahun adalah tempoh masa taman ini dibuka kepada umum untuk lawatan. Kunen'an (taman jepun) ini dibina di villa Yataro Itami, pada 1900 dan mengambil masa 9 tahun untuk siap. Dibina berdasarkan stail "Sukiya" dan terdapat banyak pokok Azalea dan maple.

Kami kesana pada sabtu lepas dan keadaan cuaca mendung sedikit. Pengunjung ramai juga sehingga kereta di arahkan parking di satu area lain dan dari situ kami dibawa dengan bas ke taman tersebut. Suasana memang cantik dikelilingi daun maple/mimoji yang kemerahan. Tak lepaskan peluang untuk bergambar. tahun depan sure nak pi lagi...

Khamis, 5 November 2009

Saga Balloon Feista 2009


Last week di Saga telah diadakan Saga Balloon Fiesta iaitu pertunjukan belon panas. Acara ini diadakan setiap tahun pada penghujung Oct dan awal Nov. Tahun ini acara tidak berapa meriah kerana hujan turun dan keadaan cuaca yang mendung serta angin yang kuat. Kami sekeluarga bergerak dari rumah jam 8 pagi ketempat pertunjukan yang jauhnya lebih kurang 30 minit. Disana kami bertemu dengan Sahabat dari Kumamoto. Jam 12 kami mula pulang kerumah kerana pada petang itu jam 530 selepas magrib akan ada pertunjukan balon berirama pulak. Ain dan Aleeya tersangat la enjoynya...

Isnin, 5 Oktober 2009

Aidil Fitri Di Perantauan

Tanggal 1 Syawal tahun ini kami sekeluarga merayakan Aidil Fitri di Perantauan. Hari Raya pertama kami jauh dari keluarga dan sanak saudara. Disini suasana Aidil Fitri amat berbeza dengan di negara sendiri. Tetapi apakan daya segalanya harus ditempohi dengan hati yang terbuka.

Pada hari raya pertama selapas sembahyang raya, kami meraya Aidil Fitri bersama rakan yang masih ada disini. Mereka tidak pulang ke Malaysia dan bersama merekalah juadah lontong dan sedikit kuih menjadi santapan di Hari Raya. Terima Kasih En. Khai dan Pn Hashimah serta Sakinah yang bersama-sama kami di pagi Syawal.

Selasa, 15 September 2009

Salam Aidil Fitri 2009


Bunga Raya Sekuntum Cuma
Mekar Melur Disiram Embun
Aidilfitri Akan Menjelma
Tangan Dihulur Maaf Dipinta

Pohon Mangga Lebat Bunganya
Masak Dicuri Sibudak Cina
Salam Ku Hulur Maaf Ku Pinta
Semoga Silaturrahim Berkekalan Selamanya


Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Ampun dan maaf dipinta diatas segala kesilapan yang dilakukan secara sengaja atau tidak. Kerana Sesungguhnya “Tiada Manusia Yang tak Luput dari Salah,Tiada manusia yang sempurna, Dan… Sesungguhnya Kesempurnaan itu Hanyalah milik Allah SWT. Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Raih Kemenangan dan Kembali Kefitrah.
Minal Aidhin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Bathin

Khamis, 3 September 2009

Ramadhan 2009

Salam Sejahtera.. lama dah tak buat posting..Terdetik pulak nak tulis sikit malam nie. Tahun ini kami sekeluarga berpuasa di Perantauan. Tahun lepas hanya ayah yang puasa di Japan dan seminggu lagi nak raya baru balik ke Malaysia, jadi dapat lah berhariraya di Malaysia bersama keluarga.

Kali ini 1 ramadhan sehingga Aidil Fitri kami sekeluarga akan berada di Saga. Cuaca yang panas sedikit memberikan cabaran kepada kami semua. Apapun berbangga kerana Ain dapat berpuasa penuh walaupun baru umur 5 tahun lebih. Tapi sejak dia dah mula besekolah semula di Tadika/Youchien maka terpaksa la dia tak berpuasa. Apapun bila sabtu dan ahad ain akan berpuasa. Hari ini hari ketiga ain bersekolah semula, oleh kerana sebuk di lab ayah terlupa nak ambil kat sekolah tadi. Ibu telepon tanya dimana Ain barulah ayah sedar bahawa belum ambik ain dari sekolah. Masa tu jam dah pukul 3... Ain sepatutnya pulang jam 2... aduhhhh ....

Apapun... lepas nie jadual kena tukar... tak boleh nak terlupa lagi.... Hari ini juga gambar kami semua di Saga telah keluar dalam Salam Perantauan. Jadi kalau nak tengok sila ke klik disini..

Rabu, 19 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Cerapan Anak bulan Ramadhan akan dilakukan pada petang esok oleh kerajaan Malaysia. Sekiranya anak bulan kelihatan maka keesokan harinya adalah permulaan puasa atau 1 Ramadhan 1430H.

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kami MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina. Insyaallah.

Isnin, 17 Ogos 2009

Hujung Minggu di "MallAge"


Ketemu lagi... kelmarin bawak keluarga ke MallAge.. tempat shopping di Saga. Pergi beli barang sedikit dan bawak family keluar dari rumah. maklumlah panas sangat sekarang ini. jadi nak menghindarkan panas tu maka pergi la kesana untuk dapat ekon free.

Kebetulan ada show Kamen Rider disana. Ain dan aleeya acited nak tgk show tu, tapi mak dah ayahnya pi shopping dulu. Jam 3 baru pi tgk Kamen Rider dan hasilnya show dah tamat. Ain terus merajuk tak dapat tgk show, nak tak nak terpaksalah beratur untuk ambik gambar bersama karektor kamen Rider pulak. Aduh... beratur punya la panjang semata-mata nak bergambar aje.. nak buek cam ner beratur jer la...

Rabu, 12 Ogos 2009

AleeyaSan Tanjoubi....


Kelmarin 12 Ogos 2009 genaplah Qistina Aleeya umur 3 tahun. Celebrate ulangtahun Aleeya tahun ini berbeza sedikit. Dua kali sambut, pertama semasa ke waterfall ahad lepas bersama warga Kumamoto. Malam tadi kami celebrate lagi di restoran India bersama warga Saga pula. Apapun didoakan agar Anakku Qistina Aleeya menjadi anak yang solehin dan berguna untuk bangsa dan agama dimasa akan datang.. Aminnnnnn

Ahad, 9 Ogos 2009

Kannon Waterfall : Nanayama



Hari minggu Kami ke waterfall bersama family kadir dan budak Kumamoto. Ramai juga yang join outing kali nie. Tiga biji keter kami ke sana dan mengambil masa dalam 40minit mendaki bukit-bukit ala jalan ke Cameron Highland. Tempat nya menarik kerana air terjunnya tinggi kirakira 100 meter kut. tak sure laa tapi memang tinggi...

Sabtu, 1 Ogos 2009

Hanabi


Malam tadi Hanabi di SagaCity... ini adalah acara tahunan sempena musim panas di jepun. Semua prefecture di jepun akan mengadakan acara hanabi di tempat mereka. Hanabi malam tadi lebih kurang sejam dengan diselangi oleh pertunjukan laser. kami sekeluarga ke tempat pertunjukan dengan menaiki basikal sahaja. Jarak dari rumah lebih kurang 2-3 Km sahaja. INi adalah hanabi yang pertama bagi ibu, aen dan aleeya.

Seperti biasa dierowang seronok melihat bunga api.. atau kembang api kata orang indonesia. Crowded boleh tahan jugak di kawasan tu dan sempat jugak snap foto. oleh kerana bukan profesional maka semua gambar tak berapa bagus... So rabu malam akan ada lagi hanabi di Kurume yang merupakan hanabi yang terbesar di pulau kyushu dan dijangkakan hanabi berlarutan selama satu jam setengah..

Ahad, 26 Julai 2009

Teater Hansel N Gretel

Hari ini ayah bawak ain dan aleeya menonton teater hansel n gretel di dewan serbaguna SagaShi. Pertunjukkan bermula jam 2 petang dan kami bertolak dari rumah jam 1 untuk ambil Pak Herman sekeluarga dan pak Lipur di International House...

Disangkakan lokasi Dewan pertunjukan adalah mudah dijumpai. Rupanya kami tersesat sedikit, mujur ada Pak Lipur yang tebalkan muka untuk menanya kepada Nihongin lokasi dewan tersebut.

Rupanya pada hari ini berlakukanya banjir kilat di bandar Saga. Jadi kebetulan dewan berada berhampiran lokasi kejadian banjir... Emm seperti berada di malaysia la pulakk ada banjir kilat hahahahaa..

Ayah terus hantar kami ke dewan pertunjukan dan kami terus masuk tepat jam 2 petang.. Pertunjukan dimulakan dengan bahagian pertama sehingga jam 245. Disambung semula jam 3 sehingga selesai jam 4 petang. Dikira story hansel ngratel ini amat popular dan semua kanak-kanak mengetahui jalan ceritanya... Ain dan Aleeya.. tanoshi des.... emm seronok sangattt

Selesai pertunjukan kami terus pulang tetapi terpaksa meredah sedikit air banjir kilat yang masih ada kat luar dewan. Ini kerana kereta diletakan jauh sedekit dari lokasi dewan... Hahahaha merasa gak meredah air kat jepun niee.....

Jumaat, 17 Julai 2009

Rabu, 1 Julai 2009

Hansel and Gretel


Last week Youchien aen dapat banyak broser untuk program pada cuti musim panas yang akan bermula pertengahan bulan 7 ini. dari yang harga tiket serendah 1000 yen sehinggalah 3000yen. Banyak pertunjukan dan acara yang akan diadakan sepanjang bulan 7 ini. Antaranya matsuri dan Hanabi,

Jadi setelah fikir sana fikir sini maka ayah ambik keputusan untuk tgk pertunjukan Hansel and gretel. Cerita ini adalah salah satu cerita popular kanak-kanak sejak dari dahulu. Jadi tempahan tiket adalah melalui pos (Stail kat Jepun). nanti pada hari pertunjukan baru beli tiket. Harga tiket adalah yang paling murah iaitu 1000Yen

Khamis, 18 Jun 2009

atsuiii.....


Sekarang nie cuaca panas sungguh... panas meleting-leting. Agaknya musim panas dah bermula la kot. Minggu nie langsung tak ujan. Dalam umah pon dah asyik pasang kipas. Kat depan hatta kat dapor pon dah pasang kipas.
Nasib baiklah kat umah nie ader 2 kipas... kengkadang kalo dah tak tahan sangat panasnya barulah pasang aircond. Aleeya muka dan tangannya dah naik bintik-bintik macam ruam. Tak tahan panas lah tu agaknya. Kekadang pi ambik kakak kat youchien dia pakai baju tangan pendek, lepas nie kalo kuar ambik kakak aleeya dah tak leh pakai baju tangan pendek. Risau nanti ruamnya makin teruk plak.
Ari nie kat youchien, ain dapat bunga rose sempena hari bapa. Masa hari ibu ari tu youchien bagi bunga carnition. Masa kayuh basikal balik tadi harum jer bau bunga rose tu.

Isnin, 15 Jun 2009

Kura-kura


Last week ayah terjumpah kura-kura kat tepi jalan. Kecik jer , besar sedikit dari ibu jari aje. So belikan bekas kecik dan letak sedikit air dan batu. Jugak beli makanan kura-kura kat supaa. Seronok tengok kura-kura makan. Tak silap rasanya kura-kura ni adalah spesis brazil... Nama jer laaaa..

Isnin, 8 Jun 2009

open class youchien

Hari ahad lepas youchien ain ade buat open class. Semua ibu bapa dikehendaki hadir. Pada hari tu kelas ain lebih kepada aktiviti di luar kelas, berbanding dengan kelas 3dan 4 taun.

Ain pergi ke youchien seperti biasa tetapi balik pada pukul 11 pagi. Keesokan harinya ain akan bercuti untuk menggantikan persekolahan pada hari ni.


Sabtu, 6 Jun 2009

tat oh tat

ibu sebenarnya dah lama teringin nak buat tat, Tengok resepi tat... wow macam sedap jer. Tadi pi jenjalan kat youmei town dan ibu terjumpe acu nak buat tat bentuk sampan. Apa lagi ibu pon sambar lah.... Ari tu dah beli acu tu kat good day. Jadi skang nie acu nak buat tat tu ibu dah ader 4... tapi bila lah ibu nie nak rajin buat tat.
Ibu bukan aper risau tak jadi jer... takut membuang tepong... rugi jer. Bilalah la ibu nie nak sampai seru nak buat agaknyaaa....

Rabu, 3 Jun 2009

Payung@kasa



Hari ini ramalan cuaca di Jepun kemungkinan hujan sepanjang minggu. jadi Malam kelmarin dah mula hujan dan berlanjutan sehingga ke tengahari. Oleh kerana hujan maka ibu tak dapat nak ambil ain di youchien. Terpaksalah ayah yang pergi ambik.

Tepat jam 2 .. hujan sudah mulai reda. Ayah terus ambik ain dan hantar balik rumah. On the way, ain dah mintak belikan payung (kasa). Ini kerana semua anak anak nihonjin bawak payung pasai hujan paginya tadi. So terpaksalah melencong ke GoodDay untuk beli payung.

Mahalnya payung untuk budak-budak... dekat seribu yen. Pastu kena pulak beli 2 .. untuk aleeya pun kena jugak tu, walaupun tak ke sekolah. Lepas beli terus balik rumah dan aku sambung semula kerja kat Dai.

Malam tadi tengok ramalan cuaca esok dan nampaknya cuaca mendung dan tengahari mulai panas sedikit. Dengar macam gitu ain terus merajuk...... Esok nak bawak payung... esok nak bawak payung. Emm ikutkan aja laaa.. walaupun pagi esok tak hujan...

Isnin, 1 Jun 2009

Makan-Makan


Kembali lagi.... Ahad lepas kami buat makan makan kat rumah. Majlis kesyukuran kerana Ayah dapat lesen jepun setelah *** x ambik. Semua budak Malaysia Saga datang. Kami jemput jugak geng Kumamoto tetapi deper ader hal pulak..

Isnin, 25 Mei 2009

Show at Sport fiesta


Salam sejahtera...
Ahad lepas youchien Ain dijemput untuk buat persembahan di pesta sukan sekolah rendah Saga Honjo Manchi. Mulanya ingatkan youchien pun akan join sekali game di sukan tersebut, tetapi rupanya hanya membuat persembahan sahaja. Bukan main excited bebudak tu membuat bebola aper tahhh... Macam belon pun ada, macam bola pun ada.

Jumaat, 22 Mei 2009

onagiri @ soto nasi


Ari nie ibu teringain nak masak soto.... kalo kat mesia teringin makan soto just pi kedai jer beli. Tak pernah terpikir pon nak buat. Bila dah kat japan nie mana nak cari.... Dengan bersemangatnya ibu pon mencarilah resepi nak buat soto.
Sesudah kakak ain pi sekolah ngan ayah pon dah pi keja, ibu pon memulakan lah projek membuat soto..... tak derlah susah sangat nak buat soto nie rupanya....hehehehe eksyen jer bunyinya. Tapi okeylah orang baru nak belajar masakkkk.
Tengahari tu kakak Ain balik sekolah dah sibuk nak makan... laparlah bu. Ibu pon siapkan makan untuk budak dua orang nie. Bila nak makan jer si adik bertanya pada kakaknya...
adik : nie onagiri ker kakak?
kakak : entahhh.... bukanlah
ibu : tu bukan onagiri laaa.... tu soto nasi
adik ngan kakak: ooohhhh.... soto nasi

Hai bertuah sungguh bebudak dua orang nie... onagiri ngan soto nasi pon diaorang dqah tak tau nak beza. Belum lagi setahun dok kat japan nie soto nasi pon dikatakan onagiri. Padahal dulu boleh dikatakan tetiap hari diaorang nie makan soto ayah beli.
Nasib baik roti canai diaorang tak lupa... kalo idak marah atok ngan opahhh.




Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Tajuk:
Kami guru malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
..........................
Sayu jer dengar lagu nih. dengar lagu nie kat hot.fm tadi. Terima kasih kapada cikgu-cikgu yg telah mendidik kami jadi manusia... dan terima kasih kapada cikgu kerana telah mendidik anak-anak kami


Khamis, 14 Mei 2009

Aso San Kumamoto


Aso San atau Gunung Aso adalah salah sebuah Gunung berapi di Pulau Kyushu. Ia masih lagi aktif dan mengeluarkan gas dengan banyak. Pada masa gas keluar, pengunjung tidak dibenarkan berada di puncak gunung tersebut.

Sebenarnya selepas kami ke Greenland, kami terus ke Kumamoto ke rumah Kadir n Sya. Kebetulan dierowang buat makan makan jadi apa lagi.. peluang laaa sambil makan free jalan jalan kumamoto. Petang tu sampai di Kumamoto lebih kurang jam 6, malam itu tidur dirumah kadir dan pagi esoknya kami bertolak ke Aso Sanjo. Jam 11 pagi tiba di sana terus ambil gambar keindahan alam disitu. Memang cantik, tetapi keadaan cuaca sedikit panas tetapi masih lagi bertahan dan gas yang keluar dari gunung tidak banyak sangat.

Diberitakan bahawa mulut gunung berapi ini dikatakan yang terbesar didunia. Kami naik sehingga keatas dan boleh nampak terus kemulut gunung berapi tersebut. Penat jugak berjalan disekeliling kawasan tersebut. Sejam kemudian kami beransur turun dan singgah di spot spot yang menarik untuk shashin o tokimasu... _(ambik gambar).

banyak lagi tempat area Kyushu nie yang belum explore lagi.... hopely dalam tahun nie atau bila free tahun depan dapat pi ronda-ronda lagi....

Isnin, 11 Mei 2009

Mitsui Greenland


Baru sahaja minggu lepas berjalan ke Hiroshima, penat tak habis lagi dah nak pi Greenland pulak. Asalnya tak ada planning pun nak pergi, tetapi olehkerana ada kawan di Kumamoto buat makan-makan pada sabtu lepas maka kami pun merancang untuk perjalanan ke Kumamoto.

Perjalanan ke Greenland lebih kurang sejam dari Sagashi ikut jalan biasa dan dari situ lebih kurang 40 minit lagi ke Kukamoto. Di Greenland bermacam permainan ada kat situ, kalau diMalaysia umpama SunWay Lagoon. Kawasanya besar sungguh dan memang kalau jalan kaki sure macam nak tercabut kaki.

Untuk masuk ke Greenland bayaran tiket dikenakan mengikut pakej. Jika bayar harga tiket saha maka harga cuma 1600 yen tetapi jika sekali dengan tiket untuk semua permainan kita kena bayar dalam 5000 yen rasanya.

Dah tu semua game tiketnya mahal-mahal jugak. Olehkerana kami sampai di Greenland sudah jam 12 tegahari maka kami ambil tiket 1600 yen dan jika nak main kami beli ticket berasingan. Olehkerana cuaca hari ini tersangatlah panasnya mencecah 30 darjah maka menyebabkan kami keletihan walaupun tidak berpeluh. Jadi hanya satu dua game sahaja yang dicuba. Mungkin lain kali kena pergi seawal pagi dan stay kat situ sehingga malam.

Jam 3 petang kami keluar dari situ dan menuju ke Kumamoto.. untuk bermalam disana...

Rabu, 6 Mei 2009

trip@hiroshima



Cuti golden week ari tu kami sekeluarga pi jalan-jalan ke Hiroshima. Hanya 4 jam perjalanan dari Saga ke Hiroshima . Cuti golden week nie bermula dari 2-6 mei setiap tahun.
Mula-mula ingatkan dah tak jadi kami nak pi berjalan-jalan sebab ayah tak lulus lagi lesen memandu. Akhirnya hari jumaat tu baru ayah lulus lesen memandu jepon... horrayyy.. ari sabtu bolehlah pi ke hiroshima.
Kami bertolak dari umah kira-kira pukul 8 pagi pada ari sabtu. Semangat ain ngan aleeya baru pagi tu. Jalan dijangka akan sesak kerana masa nilah nohongjin keluar untuk berjalan-jalan. Tambahan pulak tol murah bagi yg mengguna ETC. ETC ni macam touch n golah lebih kurangg. Memang betuii pon jalan sesak. Tapi kami dari selatan nak keutara jalan okeyy jer. Jalan sesak dari utara ke selatan. Teringat plak kat mesia time nak balik raya.... macam gitulah sesaknya jalan kat jepon masa cuti golden week nie.
Di Hiroshima kami menginap kat hotel Ks house. Biliknya kecik jer. Kalo kat mesia dalam bilik hotel, Ain ngan aleeya boleh main lari-lari. Tapi kat cni tak dapatlah. Kat hiroshima kami sempat berjalan-jalan ke memorial park. Kat memorial park nie ader atomic dome. Tempat yg kena bom atom dulu tu. pastu kami pi ke hiroshima castle. Mengah tu nak naik keatas.. lenguh kaki dibuatnya.
Dalam perjalanan pulang kami singgah sekejap kat pulau miyajima. Kat pulau nie banyak sungguh rusa dan jinak-jinak belaka. Rusa nie suka kejar siapa yg bawak makanan....
dari pulau miyajima nie kami pon bertolak balik kerumahh. Kami sampai ke rumah pukul 11.30 malam hari isninnya. Penat sungguh tapi seronok.. pasni nak bercuti kamana palk yekk???

Khamis, 30 April 2009

Selsema oh selsema

Sekarang dah mula terasa panas walaupun musim bunga belum tamat. Sekejap lagi musim panas akan terasa la bahang panas.. mengalahkan kat Malaysia. Tetapi disini kalau musim panas memang terasa bahangnya. Itu pasal pada waktu tu Nihonjin keluar dari Nihon untuk travel around the world. Dierowang tak nak dok kat sini.

Tapi kiterowang terpaksalah juga stay sini walau aper pun terjadi..Dalam minggu nie dah mula penyakit dtg.. kat youchien Ain dah ada bebudak yang kena flu.. so automatik la si ain terkena jugakk.. bawak penyakit balik umah.. so berjangkit dengan aleeeya pulakk... Ayah pun dah kena... tekak sakit pulak tuu... Ari ni ibu pulakk terasa macam nak demam-demam pulakk... itu laaa bahana perubahan cuaca kat sini... kalu sejukkk teramat sejukk kalu panas terasa bahangnya....

Tapi jangan terkena Buta Flu udah laaaaaaa.... hahahahahaa

Rabu, 29 April 2009

From Opera to Blogspot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diucapkan selamat datang kepada semua. Ini adalah blog yang akan memuatkan semua aktiviti yang kami lakukan disini untuk tatapan semua. Diharapkan agar semua akan selalu mengunjungi blog ini.

Terima Kasih
Welcome...Selamat Datang...Irasshai...

pls click

Pls Click